Pengenalan Kepada Ekonomi

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], ‘rumah’, and νέμω [nemo], ‘peraturan,’ iaitu “pengurusan rumah tangga”) merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaranpengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sesebuahmasyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem ekonomi cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian sumber yang terhad.

Contoh sistem ekonomi masa kini adalah:

  1. Sistem ekonomi kapitalis
  2. Sistem ekonomi sosialis
  3. Sistem ekonomi campuran

Sistem ekonomi yang pernah wujud di dunia ini:-

  1. Sistem ekonomi Islam

BAGAIMANA BANK MENCIPTA WANG???

Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?



Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.

Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.



Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara

Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagairizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin

Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”

Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin

Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

APA ITU WANG DINAR DAN DIRHAM?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada Emas serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Sejarah Dinar Emas
Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi.

Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:”7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)”.

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD – 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.
Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia – dinar

Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan

Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya – praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.

Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat “Surat janji hutang” tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

Apa itu DIRHAM???
-Syiling perak
-ketulenan ialah 999
-Digunakan masa zaman nabi Muhammad S.A.W sebagai transaksi harian…

Gambar di bawah menunjukkan Dirham zaman Abd al-Malik

DIRHAM ABD MALIK

Abd al-Malik ibn Marwan Dinar
Spesifikasi Dirham yang ditetapkan
Khalifah Umar Al-Khatab,Khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut :-10 Dirham 29.75gram

DINAR
-Syiling emas
-Berat yang ditetapkan utk 1dinar = 4.25gram (standard satu dunia)
-Apa itu DINAR?? klik sini ekk

DIRHAM
-Syiling perak
-Berat yang ditetapkan utk 10dirham = 29.75gram iaitu beratnya 7keping dinar..sebagai contoh, (4.25 x 7 dinar = 29.75gram

*Umar bin khatab, r.a. telah menetapkan berat untuk DINAR dan DIRHAM iaitu Berat 7 dinar harus setara dengan berat 10 dirham)

By basicecons